Warden Kolej Vokasional Didenda RM3,000 Kerana Pukul Pelajar

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2016 5:54 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang warden sebuah kolej vokasional di Sungai Buloh didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat kerana memukul dua pelajar kolej berkenaan pada 3 Mei lepas.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin mengenakan denda itu selepas tertuduh, Mahbut Yaacob, 53, mengaku bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Beliau kemudian membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Mahbut didakwa sengaja mengakibatkan kecederaan dengan menampar dan memukul badan seorang pelajar kolej berkenaan.

Beliau juga didakwa sengaja memijak dan memukul badan seorang lagi pelajar kolej itu.

Kedua-dua mangsa berumur 16 tahun.

Mahbut didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu pada pukul 5.30 petang di Aras 2, Asrama Blok Kasih, Kolej Vokasional Sungai Buloh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Rakaman video perbuatan warden itu memukul pelajar berkenaan tersebar di media sosial pada 8 Mei lepas.

Menerusi klip video berdurasi 1.21 minit itu, beberapa pelajar yang turut menyaksikan kejadian tersebut cuba membantu menenangkan warden itu daripada terus memukul mangsa yang ditangkap kerana cuba menghisap rokok di kawasan sekolah.

Insiden berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat khususnya pengguna media sosial yang menyifatkan pelajar tersebut perlu dikenakan tindakan tatatertib tetapi mempersoalkan tindakan warden tersebut yang dianggap keterlaluan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan