Pelajar Kolej Di Mesir Didakwa Beri Sokongan Kepada Al-Qaeda

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis terhadap pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas al-Qaeda.

Mohamad Hidayat Azman, 19, pelajar Kolej Markaz Salam di Hayyu Asyir, Kaherah, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Hidayat didakwa memasuki Syria bagi memberi sokongan kepada kumpulan pengganas al-Qaeda (Jund Al Aqsa) dengan menjadi anggota kumpulan pengganas itu.

Mohamad Hidayat dari Kuala Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak didakwa melakukan kesalahan itu dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Syria antara 5 Sept 2014 hingga 1 Sept 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 130J kanun sama yang boleh dipenjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Mohamad Hidayat, yang memakai kemeja-T berwarna hitam, dibawa dari Penjara Sungai Buloh selepas kali pertama didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang pada 31 Dis lalu.

Namun tiada pengakuan direkodkan kerana kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberi satu sebutan baharu sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan bagi membolehkan pihaknya berbincang lebih lanjut dengan anak guamnya itu.

Katanya pihaknya akan mengemukakan representasi terhadap pertuduhan berkenaan sebelum tarikh tersebut.

Sehubungan dengan itu, mahkamah menetapkan 21 Jun ini untuk sebutan dan turut menetapkan tarikh yang sama untuk bicara sekiranya tiada perkembangan berhubung representasi tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahida Wan Omar.

Tags / Kata Kunci: Mesir , Al-Qaeda

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan