Ahli Perniagaan Warga Iran Didakwa Tanam Ganja

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 4:09 PM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Iran pada Rabu minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menanam pokok ganja di sebuah kondominium, bulan lepas.

Sharif Kazem Ahmad, 33, didakwa menanam lapan tumbuhan berdaun hijau setinggi 129.5 sm yang disyaki pokok ganja.

Tertuduh, seorang ahli perniagaan didakwa melakukan kesalahan itu di Blok A-5-6 Villa Kondominium Laman Tasik, Jalan Sri Permaisuri, di sini kira-kira pukul 6.40 petang, 27 April tahun ini.

Pertuduhan ke atasnya di bawah Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 membawa hukuman penjara seumur hidup dan minimum enam sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan tinggal di negara ini melebihi masa selepas pas lawatan sosialnya tamat pada 27 April lepas.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1950/63 (Pindaan 2002) boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta yang sama, dengan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara minimum selama lima tahun, atau kedua-duanya.

Hakim Hasbi Hassan menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan kes sementara menunggu laporan ahli kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurhafiza Rajuni manakala tertuduh diwakili peguam Datuk N.Sivananthan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan