Pemandu Teksi Didakwa Rogol Pelajar Filipina

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol seorang pelajar kolej swasta warga Filipina, bulan lepas.

Abd Ghani Abd Karim, 41, didakwa merogol wanita berusia 41 tahun itu di sebuah hotel di Jalan Lingkaran Syed Putra, Brickfields, di sini pada 1.15 pagi, 16 April lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun, Abd Ghani yang diwakili peguam V. Ravi, memohon mahkamah memberi jaminan yang minimum.

Hakim Datin M. Kunasundary tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana penjamin tidak hadir ke mahkamah dan menetapkan 19 Mei depan untuk sebutan semula kes.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Filipina , Jalan Lingkaran Syed Putra , rogol

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan