Alvin Tan Fikir Posting 'Bak Kut Teh' Kelakar, Mahkamah Diberitahu

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 4:16 PM

Vivian Lee

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Blogger seks Alvin Tan enggan memadam 'posting bak kut teh' (daging babi rebus) yang dibuatnya di Facebook pada bulan Ramadan kerana mahu mendapatkan reaksi orang ramai, Mahkamah Sesyen diberitahu.

Vivian Lee May Ling, 27, bekas teman wanita Tan berkata, Tan melihat posting itu sebagai sesuatu yang kelakar dan menganggapnya sebagai jenaka.


Lee berkata, mereka telah bergaduh besar dan berhujah mengenai posting itu.

"Saya cuba untuk merampas laptop tetapi dia menolak saya dan saya tidak dapat memegang peranti itu," kata Lee kepada soalan peguamnya Chong Joo Tian yang bertanya mengapa Tan telah memuat naik posting itu.


Ketika ditanya Chong apa yang berlaku selepas pertengkaran itu, Lee, yang kini merupakan pegawai perhubungan pelanggan di sebuah syarikat swasta berkata dia 'sudah letih dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana memujuknya adalah tindakan sia-sia'.

"Kami akhirnya membuat hal sendiri," katanya.

Kepada soalan lain sama ada Tan, 28, telah meminta kebenarannya untuk memuat naik posting dalam akaun Facebook bersama mereka, Lee menjawab: "Tidak, dia tidak meminta kebenaran. Dia hanya menunjukkannya kepada saya selepas dia memuat naik posting itu."


Lee berkata Tan mengeluarkan posting itu pada lewat petang atau pada malam pada 12 Julai selepas menerima komen-komen negatif dan kemarahan orang ramai, sambil menambah permohonan maaf dalam bentuk video telah dimuat naik di YouTube pada hari yang sama.

Ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin sama ada dia berpendapat posting itu adalah kelakar, Lee menjawab, "Tidak, ia tidak kelakar. Saya rasa ia adalah menyakitkan hati".

Lee berkata, dia tidak mempunyai peluang untuk pergi ke kafe siber untuk mengakses akaun Facebooknya sendiri bagi memberitahu orang ramai bahawa dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Tan dan bahawa dia tidak bersalah kerana Tan bersama-sama dengannya sepanjang masa.


Ketika ditanya semula oleh Chong, Lee berkata sikap posesif Tan membuat dia enggan untuk pergi ke kafe siber.

Lee telah memberikan keterangannya dalam perbicaraan membela diri. Dia menghadapi pertuduhan memuat naik kandungan yang mungkin boleh membangkitkan permusuhan di kalangan mereka yang mempunyai kepercayaan yang berbeza antara 11 dan 12 Julai 2013.

Dia juga menghadapi tuduhan menerbitkan gambar menghasut dan mengajak orang Islam berbuka puasa dengan bak kut teh bersama-sama dengan logo halal.

Dia didakwa mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem dan Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan.

Walau bagaimanapun, pertuduhan ketiga di bawah Seksyen 298A (1) Kanun Keseksaan itu kemudiannya digugurkan oleh Mahkamah Rayuan atas alasan ia tidak terpakai kepada bukan Islam.

Lee dan Tan pada mulanya dituduh bersama-sama pada 18 Julai, 2013. Tan kemudian telah melanggar ikat jamin dan dipercayai berada di Amerika Syarikat.

Perbicaraan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud itu akan bersambung esok dengan penghujahan.
Tags / Kata Kunci: Alvin Tan , Vivian Lee , posting Bak Kut teh

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan