Atendan Pusat Snuker Didenda RM1,500 Kerana Halang Tugas Polis - Berita Mahkamah | mStar

Atendan Pusat Snuker Didenda RM1,500 Kerana Halang Tugas Polis

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara menghalang anggota polis daripada menjalankan tugasnya, seorang atendan pusat snuker didenda RM1,500 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu ke atas Md Abdil Md Reduan, 31, selepas dia mengaku bersalah menghalang Lans Koperal Ahmad Aizudden Ismail daripada menjalankan tugasnya iaitu dengan tidak memberhentikan kenderaan apabila diminta berbuat demikian. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pam minyak Shell, Jalan Pahang, Wangsa Maju, di sini pada 8.30 malam, 25 April lepas mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum kerana dia menanggung ibu yang sedang sakit.

Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Jalan Pahang , Shell , Md Abdil Md Reduan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan