Inspektor Didenda Terima Rasuah Berhubung Siasatan Kemalangan Maut

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2016 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang inspektor polis didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari, selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan bersetuju menerima rasuah RM3,000 daripada seorang lelaki, dua tahun lepas, berhubung siasatan satu kemalangan maut.

Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz turut memerintahkan tertuduh, Mohd Shulul Azmi Shuaibon, 34, dikenakan hukuman penjara tambahan enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Mohd Shulul Azmi yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baharu Selatan didakwa bersetuju menerima wang suapan itu daripada Azman Mat Zain, 46, yang mempunyai kaitan dengan kertas siasatan bilangan 8644/12 yang disiasatnya.

Dia didakwa melakukan kesalahan terbabit di Cawangan Trafik IPD Johor Baharu Selatan, pada 5.25 petang, 15 Jan 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ridzuan Abd Malik manakala Mohd Shulul Azmi diwakili peguam, Rosli Kamaruddin.

Rosli dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan anak guamnya mempunyai isteri dan dua anak berumur enam serta empat tahun, dan memberi kerjasama terhadap siasatan kes itu selain tidak mempunyai sebarang rekod tatatertib sepanjang 10 tahun berkhidmat sebagai polis.

Mohd Shulul Azmi, sebelum ini mengaku tidak bersalah di hadapan hakim sama pada 13 April tahun lepas, atas dua pertuduhan iaitu pertama, meminta suapan wang sebanyak RM3,500 daripada Azman sebagai dorongan untuk mengenakan pertuduhan lebih ringan atau tidak menuduhnya di mahkamah atas kesalahan menyebabkan kematian dalam kes kemalangan jalan raya pada 5 Nov 2012.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima rasuah RM3,000 daripada Azman sebagai dorongan yang sama.

Mahkamah hari ini memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Mohd Shulul Azmi bagi pertuduhan pertama manakala bagi pertuduhan kedua, pihak pendakwaan meminda pertuduhan itu kepada pertuduhan pilihan iaitu bersetuju untuk menerima suapan itu.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan