Restoran Didenda RM4,000 Naikkan Harga Nasi Lemak

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 6:41 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebuah restoran di sini didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menaikkan harga sepinggan nasi lemak sebanyak RM1.

Restoran Silva Curry House di Subang Jaya menaikkan harga sepinggan nasi lemaknya dari RM2.50 pada Januari kepada RM3.50 pada Jun tahun lalu.

Ia gagal mengemukakan resit jualan untuk mewajarkan kenaikan itu selepas satu laporan dibuat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

T. Gopinath, 36, pemilik restoran tersebut mengaku bersalah terhadap pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini dan didenda RM4,000 atas kesalahan tersebut.

Syarikat itu melakukan kesalahan tersebut di premis restoran di 121, Jalan SS25/5A, Subang Jaya pada pukul 11.25 pagi, 29 Jun tahun lepas di bawah Seksyen 53A Akta Kawalan Harga dan Akta 2011 Anti Pencatutan.

Ia boleh didenda di bawah Seksyen 57 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohd Zarif Anwar Mohd Ali dari kementerian itu membuat laporan terhadap restoran tersebut.

Melalui penterjemah bahasa di mahkamah, Gopinath, yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia pencari nafkah tunggal untuk keluargannya.

Pada masa sama dia memberitahu perlu menyara ibunya yang sudah berusia dan baharu sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan