Lelaki Dipercayai Hina Kerabat Diraja Johor, JDT Menerusi FB Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 6:02 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis menahan seorang lelaki di Pahang pada Khamis setelah dipercayai mengeluarkan kata-kata bersifat jelik berbentuk penghinaan terhadap kerabat diraja Johor dan pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Jabatan Siasatan Jenayah D9 IPK Pahang kira-kira 2.40 pagi di Taman Astana Permai, Bandar Indera Mahkota.

"Lelaki itu dipercayai mengeluarkan kata-kata itu menerusi laman Facebook dikenali sebagai The Elephant Skull. Polis turut merampas dua komputer riba dan sebuah telefon bimbit jenis Iphone 5," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Wan Ahmad Najmuddin berkata lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM), yang memperuntuk hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan laman Facebook untuk memuat naik komen bersifat fitnah, menghasut, lucah, membenci, menyakitkan hati, sindiran serta provokasi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: hina , kerabat Johor , FB , PDRM

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan