Kali Terakhir Kevin Morais Guna Kad Akses Kondominium Pagi 4 September

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 5:43 PM

Anthony Kevin Morais.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Khamis diberitahu bahawa kad akses keluar dan masuk ke Kondominium Menara Duta, digunakan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, buat kali terakhir pada 7.41 pagi 4 September tahun lepas.

Pengurus Kondominium Menara Duta M.Sharmilar Jyothi, 30, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan data keluar masuk yang direkodkan secara automatik ke dalam sistem pengurusan kondominium berkenaan.

Wanita itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud pada hari ke-10 perbicaraan kes pembunuhan Kevin Morais.

Katanya, kad itu tidak digunakan lagi selepas 4 September kerana pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Zikri memintanya tidak mengaktifkan kad berkenaan pada 7 September 2015.

"Sehingga kini, kad itu tidak aktif. Jadi sesiapa yang menggunakannya (kad), palang automatik tidak akan terbuka," katanya yang turut memaklumkan pengurusan kondominium itu mengeluarkan dua kad akses yang didaftarkan atas nama Kevin Morais dan rakan serumahnya V. Davveen, 24.

Saksi pendakwaan ke-17 itu, berkata dua kad akses itu didaftarkan untuk unit kediaman 153-2-7, yang didiami Kevin dan Davveen bagi kereta bernombor pendaftaran WXD1932 dan WXE4032.

Ketika pemeriksaan balas, peguam Datuk N.Sivananthan, Sharmilar berkata satu daripada kad akses berkenaan sentiasa digunakan Kevin Morais berdasarkan maklumat dari pengawal keselamatan di pos pengawal kondominium itu.

Bagaimanapun, katanya satu lagi kad akses keluar dan masuk digunakan kali terakhir untuk masuk ke kondominium itu pada 6.58 petang 23 Ogos 2015.

Sivananthan: Selepas 23 Ogos 2015, Davveen masuk ke kondominium dan tidak keluar lagi?

Sharmilar: Dia tidak menggunakan sebarang kad akses. Dia masuk saja. Kad akses telah digunakan oleh lelaki yang menjaga penyelenggaraan bernama Rana, yang memandu Viva.

Sivananthan: Kereta apa yang didaftarkan?

Sharmilar: Setahu saya, Kevin mempunyai dua buah kereta. Kereta Perdana merupakan kereta rasmi kerajaan dan sebuah lagi kereta peribadinya.

Sivananthan: Jadi, sebuah didaftarkan atas nama Kevin dan sebuah lagi atas nama Rana?

Sharmilar: Kereta yang kedua, berwarna putih.

Sivananthan: WXD1932 merupakan kereta Perdana?

Sharmilar: Ya.

Sivananthan: WXE4032 merupakan Proton Inspira?

Sharmilar: Saya tidak pasti.

Sementara itu, semasa pemeriksaan semula, Sharmilar memaklumkan beliau masuk bertugas pada 7.41 pagi berkenaan bagaimanapun tidak nampak kereta itu (WXD1932) keluar dari kondominium.

Masri: Bila puan dimaklumkan kereta tersebut keluar pada waktu itu?

Sharmilar: Malam...semasa saya dipanggil oleh pejabat pengurusan untuk melihat CCTV. Ada CCTV tetapi tidak berfungsi.

Enam lelaki - G.Gunasekaran, 48, R. Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung pada Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan