15 Ogos Bicara Kes Saman Fitnah Menteri Terhadap Malaysiakini

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 2:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan dua hari bermula 15 Ogos untuk perbicaraan kes saman fitnah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap Malaysiakini berhubung artikel dan video yang diterbitkan di laman portal itu.

Hakim Abu Bakar Jais menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahriman Ruslan mewakili Abdul Rahman dan peguam K Shanmuga mewakili dua defendan iaitu Malaysiakini dan wartawan Geraldine Tong.

Shanmuga memberitahu pemberita, mahkamah juga menetapkan 23 Mei ini untuk pengurusan kes itu.

Pada 13 Januari 2016, Abdul Rahman yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Parlimen Kota Belud, memfailkan saman itu terhadap Malaysiakini dan Tong dan mendakwa artikel dan video yang diterbitkan tanpa kebenarannya itu tidak mencerminkan intipati asal sebaliknya ia disunting seolah-olah plaintif mengarahkan masyarakat di bandar pulang ke kampung.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Rahman mendakwa pada 6 Nov 2015, defendan secara semborono dan dengan niat jahat menerbitkan atau menyebabkan kenyataan fitnah dan palsu yang merujuk kepadanya, di laman web www.malaysiakini.com yang bertajuk "Minister's 'go back to kampung' notion draws contempt".

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud dirinya tidak mempedulikan kesusahan yang dialami masyarakat berikutan kenaikan kos sara hidup, tidak menggalakkan masyarakat untuk mencari pendapatan di bandar dan tidak sensitif terhadap isu semasa yang memberi kesan kepada masyarakat awam.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, kos, faedah serta relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.-- Bernama 

Tags / Kata Kunci: Malaysiakini , Abdul Rahman Dahlan , Umno

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan