11 Mei Pendengaran Permohonan Najib Saman Harakah, Harakahdaily

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Mei bagi pendengaran permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk penyelesaian saman beliau terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung 1Malaysia Development Berhad dari segi undang-undang tanpa perbicaraan penuh, kata peguam mewakili Najib.

Nor Emelia Mohd Iszeham hari ini memberitahu pemberita, tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Hue Siew Kheng di dalam kamar.

Beliau telah berjumpa dengan hakim di dalam kamar semasa pengurusan kes.

Peguam Wan Rohimi Wan Daud mewakili dua defendan, Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakop dan Ketua Editor Harakahdaily Taufek Yahya. 

Najib memfailkan saman pada 18 Mac tahun lepas terhadap Rosli dan Taufek kerana menerbitkan artikel yang didakwa memfitnah mengenai 1MDB yang ditulis oleh Rosli pada 19 Februari tahun lepas.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib berkata artikel itu menggambarkan yang beliau telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan artikel itu berniat untuk mencemarkan reputasi beliau.

Beliau juga mendakwa bahawa Taufek telah gagal mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab dan tidak mengesahkan sama ada isi kandungan artikel ditulis Rosli adalah betul sebelum menerbitkannya.

Perdana Menteri berkata kedua-dua defendan sengaja menerbitkan artikel itu dengan agenda peribadi untuk menjejaskan keyakinan rakyat terhadap beliau.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan