Guru Didakwa Bantu Sembunyi Wang Curi RM211,844

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 1:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Selasa, atas dakwaan membantu menyembunyikan wang tunai dipercayai harta curi berjumlah RM211,844. 

Azizin Hamzah, 50,  yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Gambang di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Taman Tas Kuantan, pada 10.16 pagi, 13 April lalu. 

Tertuduh yang beralamat di Taman Indera Sempurna di sini, didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Peguam, Mohd Norazihan Adnan merayu supaya jaminan sebanyak RM5,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan dikurangkan kepada RM3,000 atas alasan tertuduh menanggung tujuh anak berusia antara 21 dan lapan tahun. 

"Tertuduh juga pernah ditahan di balai polis Temerloh dan dibebaskan dengan jaminan polis sebelum ini. Pada hari ini tertuduh hadir ke mahkamah bersama isteri dan kakak yang akan menjaminnya.

"Kami merayu supaya jaminan minimum dikenakan kerana tertuduh seorang penjawat awam dan tidak akan melarikan diri daripada hadir ke mahkamah," katanya.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mei, tarikh sebutan semula kes. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan