Siswazah Perubatan Didakwa Rosakkan Patung Di Kuil Hindu

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2016 9:31 AM

Fathi Munzir Nadzri,29, yang mengamuk dan merosakkan berhala di Kuil Sri Muniswarar Amman Kovil Jalan Hospital pada 24 April lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen, Jumaat. 
Kes akan disebut semula pada 30 Mei depan.
-fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang siswazah perubatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas pertuduhan merosakkan patung di dalam sebuah kuil dan memiliki senjata berbahaya pada Ahad lepas.

Fathi Munzir Nadzri, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Tertuduh didakwa merosakkan patung-patung di dalam kuil yang merupakan objek suci bagi penganut Hindu dengan mengetahui bahawa penganut agama itu akan menganggap perbuatan itu sebagai penghinaan kepada agama mereka, selain didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah parang.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kuil Sree Muneeswaran Amman Kovil di Jalan Hospital Ipoh di sini, kira-kira pukul 5 petang pada 24 April lepas.

Pada prosiding hari ini tertuduh didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Fathi juga didakwa memiliki senjata berbahaya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ikmal Hishan membenarkan permohonan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Yusaini Amer Abdul Karim agar tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk pemerhatian dan rawatan lanjut selama sebulan dan boleh dilanjutkan sekiranya perlu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mei untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam Mohamad Hafiz Jalaludin dan Mior Fadhli Mior Shaifuddin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan