Tukang Masak Lepas Tuduhan Tampal Karikatur PM Selepas Bayar Kompaun

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 5:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang tukang masak dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menampal cetakan kertas karikatur Perdana Menteri pada kereta peronda polis selepas membayar kompaun RM500 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid melepaskan Muhammad Zhafran Muhammad Zuhdi selepas dia bersetuju kes diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM500 kepada PDRM.

Mahkamah turut memerintahkan wang ikat jamin RM1,200 dipulangkan semula kepada Muhammad Zhafran yang diwakili peguam Nik Zarith Nik Moustapha.

Terdahulu Pegawai Pendakwa ASP Zuraimi Kamarozzaman memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara baik dengan tertuduh membayar kompaun RM500 kepada PDRM.

Hari ini kes itu ditetapkan untuk sebutan.

Pada 6 April lalu, Muhammad Zhafran, 24, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menampal cetakan kertas yang berunsur mengaibkan dengan niat untuk membangkitkan pecah keamanan pada kereta peronda MPV polis dalam perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Cetakan kertas itu menunjukkan karikatur Perdana Menteri. 

Muhammad Zhafran didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Melayu Off Jalan Tun Perak, Dang Wangi di sini, pada 3.30 petang, 2 April lepas mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: karikatur , Perdana Menteri , PDRM

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan