Perbicaraan Kes Pencerobohan Lahad Datu Ditangguh Sehingga 17 Mei - Berita Mahkamah | mStar

Perbicaraan Kes Pencerobohan Lahad Datu Ditangguh Sehingga 17 Mei

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 11:48 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perbicaraan kes pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013 ditangguhkan sehingga 17 Mei.

Perbicaraan itu yang ditangguhkan pada Rabu, sepatutnya diadakan hari ini (Khamis).

Peguam Majnah Abdillah, seorang daripada peguam yang mewakili 13 tertuduh warganegara Filipina yang diperintah membela diri, berkata pihak pembelaan mempunyai dua lagi saksi, tetapi mereka hanya dapat memberi keterangan pada 16 Mei.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Stephen Chung, yang mendengar kes itu, menetapkan 17 Mei untuk menyambung perbicaraan itu.

Warga Filipina itu dan seorang lelaki rakyat tempatan membela diri di Jabatan Penjara Sabah di sini terhadap pelbagai pertuduhan yang didakwa dilakukan mereka antara 12 Februari dan 10 April 2013.

Sebahagian daripada mereka menghadapi satu hingga pelbagai tuduhan menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Sebahagian yang lain pula dituduh secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas atau mendapatkan dan memberi sokongan kepada sebuah kumpulan pengganas.

Sementara itu, Majnah memberitahu urusan penghantaran sedang dilakukan untuk menghantar pulang mayat seorang daripada tertuduh ke Filipina minggu depan.

Habil Suhaili, 68, yang sering sakit berikutan penyakit asma sepanjang perbicaraan itu sejak 6 Januari 2014, meninggal dunia pada 23 April di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Dia didakwa menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas bersama-sama anak lelakinya, Timhar, 39.

Timhar kelihatan tenang di mahkamah sejak kematian bapanya dan dilihat memegang dan membaca kitab kecil yang mengandungi surah Yasin, surah ke-36 dalam al-Quran. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kes pencerobohan , Lahad Datu
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan