Remaja Mengaku Tidak Salah Hina Institusi Diraja Johor

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 12:30 PM

Muhamad Isyraf diiringi anggota polis di Mahkamah Sesyen Johor Baru, Rabu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen kerana kesalahan memuatnaik komen menghina institusi diraja Johor di laman Facebook.

Terduduh, Muhamad Isyraf Shamsudin, 19 didakwa melakukan perbuatan itu melibatkan isu bola sepak pada 10 Februari lalu.

Siasatan mendapati status yang dimuatnaik mengunakan Facebook atas nama Muhd Israf mempunyai niat untuk menyebabkan gangguan kepada orang lain, terutama kepada institusi diraja Johor.

Remaja itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai pada Rabu.

Muhamad Isyraf yang berasal dari Pasir Mas Kelantan, disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin, manakala 2 Jun adalah tarikh sebutan kes itu.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan