Penganggur Dipenjara Lapan Bulan Kerana Cabul Pelajar

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 4:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun.

Majistret Mohd Faizal Ismail memerintahkan Mohd Nazri Nordin, 33, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 23 April lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan maksud hendak mencabul  kehormatan pelajar itu di jejantas Jalan Genting Klang, Wangsa Maju, pada 7.30 malam pada 23 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran memandangkan kes mencabul kehormatan kini semakin meningkat.

Mohd Nazri yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman memandangkan dia yang masih bujang menjaga ayahnya yang tua dan uzur.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan