13 Tahanan Didakwa Bunuh Bekas Peninju Negara

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 6:23 PM

G. Ramkumar (kiri) ketika mewakili negara pada Sukan SEA di Myanmar pada tahun 2013.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seramai 13 tahanan reman dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Rabu atas tuduhan membunuh bekas peninju negara, G. Ramkumar di Penjara Sungai Buloh, dua minggu lepas.

Ramkumar, pemenang pingat perak dalam kejohanan tinju kategori 69kg di temasya Sukan SEA Myanmar 2013, ditahan berhubung satu kes culik di Klang.

Kesemua tertuduh adalah Muhamad Mustaqim Anas, 24; Mohd Hisham Mohd Daud,33; Muhammad Faizal Mahemod, 33; Mohd Basiran Mohd Bharuddin, 27; Ahmad Hanafi Ahmad @ Sufaat, 47; Bariq Ashlami Abdullah, 24; Sahrol Afindi Sahanudin, 25; Mohd Iszaruddin Ismail, 25; Mohd Rajis Abdul Rahim, 33; Mohd Zaki Shaari, 30; Noor Fadzlee Zizan, 24; Sophian Dahlan, 34; dan Noridil Fitri Nordin, 31.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Ramkumar, 25, di Sel 51 dan Aras 2, Wing 3, Blok Abadi 2, Penjara Sungai Buloh dekat sini, antara pukul 12.45 tengah hari hingga pukul 1 tengah hari, pada 16 April lepas.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kesemua lelaki itu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Farah Azura Mohd Saad menetapkan 26 Mei depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat, laporan kimia dan ujian DNA.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Ramli sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang tahanan lelaki maut ditikam dalam satu pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Penjara Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Rozi Jidin dilaporkan berkata siasatan awal mendapati mangsa maut ditikam suspek menggunakan senjata tajam dibahagian belakang badan. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan