5 Mei Keputusan Permohonan Najib Padam Perenggan Pembelaan Chan

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Jumaat menetapkan 5 Mei untuk keputusan permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan difailkan pemilik portal Mediarakyat.net, Chan Chee Kong.

Saman itu difailkan Perdana Menteri terhadap Chan dan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, mewakili Najib dan peguam N. Surendran mewakili Chan.

Terdahulu, Mohd Hafarizam dalam hujahannya berkata rakaman ucapan yang didakwa telah dimuat naik oleh Chan dalam laman YouTube Mediarakyat jelas menunjukkan ia adalah fakta dan bukan komen berpatutan.

Beliau berkata Chan telah gagal mematuhi Aturan 78 Kaedah 3 (2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 apabila tidak menyatakan butiran lanjut dalam pembelaannya berhubung komen berpatutan selain tidak membawa nas undang-undang kukuh bagi mempertahankan pernyataan pembelaannya.

"Pihak kami memohon supaya beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan defendan kedua iaitu Chan dibuang kerana ia tidak mematuhi Aturan 78 berkenaan," hujah peguam itu dalam permohonan Najib untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan difailkan Chan pada 31 Mac 2015.

Surendran berhujah rakaman ucapan yang didakwa dimuat naik anak guamnya adalah komen berpatutan dan ia perlu ditentukan oleh mahkamah melalui perbicaraan.

"Jika hujahan Mohd Hafarizam diterima, mahkamah tidak sepatutnya membatalkan pernyataan pembelaan anak guam saya tetapi boleh memberi peluang untuk defendan meminda pernyataan pembelaan itu," katanya.

Mohd Hafarizam membalas bahawa tiada sebarang permohonan daripada Chan untuk meminda pernyataan pembelannya selepas perdana menteri memfailkan permohonan untuk membatalkan pembelaan tersebut.

Najib, atas kapasiti peribadinya, memfailkan saman fitnah itu pada 5 Mac tahun lepas dengan menamakan Pua, 43, dan Chan, 52, sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib selaku plaintif berkata pada 13 Nov 2014, Pua, sebagai penceramah utama pada jamuan malam kutipan dana DAP, telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai 1MDB.

Najib berkata rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh Chan sendiri dan/atau ejennya dalam laman YouTube Mediarakyat dan laman web Mediarakyat yang didakwa menggunakan tajuk berunsur fitnah.

Katanya rakaman ucapan itu mengandungi perkataan yang merujuk dan berkaitan dengan dirinya dan memfitnahnya dan individu dikenali sebagai 'perdana menteri' dan semestinya merujuk secara spesifik kepada dirinya (Najib).

Beliau berkata penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu telah merosakkan reputasinya kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui Internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan