Remaja Ditahan Reman Berhubung Komen Menghina Institusi Diraja Johor

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 3:03 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KULAI: Mahkamah Majistret di sini mengarahkan seorang remaja penganggur berusia 19 tahun ditahan reman selama empat hari berhubung komennya yang menghina institusi diraja Johor di laman Facebook.

Suspek dipercayai telah membuat komen menghina mengenai isu berkaitan bola sepak.

Polis menerima laporan mengenai kes itu yang dibuat pada 10 Februari.

Suspek telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai pada Rabu.

Remaja itu yang berasal dari Pasir Mas Kelantan, disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Kulai Ahmad Farid Ahmad Kamal mengarahkan suspek ditahan reman selama empat hari antara 21 dan 24 April.

Siasatan awal menunjukkan bahawa status yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Muhammad Israf mempunyai niat untuk menyebabkan gangguan kepada orang lain, terutama kepada institusi diraja Johor.
Tags / Kata Kunci: komen menghina , Majistret Kulai

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan