Pemilik Pasar Raya Mini Didenda RM5,000 Gagal Beri Maklumat Tepat

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 7:19 PM

Meera Naina Abdul Salam didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal mengemukakan maklumat benar, lengkap dan tepat berhubung harga jualan mee segera di pasaraya mini miliknya. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Akibat gagal mengemukakan maklumat benar, lengkap dan tepat berhubung harga jualan mi segera di pasar raya mini miliknya, seorang lelaki warga India didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid turut memerintahkan Meera Naina Abdul Salam,56, menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Lelaki itu bagaimanapun membayar denda.

Meera Naina yang juga pengarah Syarikat PP One Mini Market Sdn Bhd mengaku bersalah gagal mengemukakan maklumat berkenaan sepertimana dikehendaki dalam notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 21 (2) (a) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Tingkat 16, Menara MRCB, Jalan Majlis 14/10, Seksyen 14 di sini, kira-kira 10.30 pagi pada 28 September tahun lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 21 (4) A Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan dan dihukum mengikut Seksyen 57 (b) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu ketika merayu untuk hukuman ringan, Meera Naina yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa dia perlu menanggung dua isteri dan lima orang anak serta ibu bapa yang uzur.

Dia juga memberitahu mahkamah bahawa dia tidak faham apa yang dikehendaki oleh KPDNKK dalam dua notis yang diberikan kepadanya sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya, dia terpaksa meminta tolong individu lain untuk menulis kepada KPDNKK tetapi individu itu telah memberi maklumat yang salah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya KPDNKK A. Karthiyayini.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Pemilik Pasaraya Mini , denda

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan