4 Bekas Pemain T-Team Mengaku Tidak Bersalah Beri Keterangan Palsu

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 12:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Empat bekas pemain bola sepak pasukan T-Team pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memberi keterangan palsu berhubung kes mengatur perlawanan antara T-Team, Terengganu, Pahang dan Selangor pada 2014.

Keempat-empat tertuduh, Mohd Hafiz Mohd Noor, 26; Muhammad Shafiquddin Ibrahim, 25; Mohd Nazmeer Hisham Mohammad, 25 dan Mohd Hanifzam Muda, 26, didakwa melakukan kesalahan tersebut semasa prosiding di Mahkamah Sesyen 3, Kuala Terengganu, antara pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari, 6 Mei 2014.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 27(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan keempat-empat tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya.

Hakim Mohd Azhar Othman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Beliau kemudian menetapkan 17 Mei depan bagi lantikan peguam dan sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan