Bekas Timbalan Pengerusi Tabung Kebajikan Dan Pendidikan Bebas Tipu

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 6:14 PM

Raja Azman Shah Raja Alang Petra bebas daripada tuduhan menipu dan pecah amanah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis melepas dan membebaskan bekas Timbalan Pengerusi Tabung Kebajikan dan Pendidikan Program E-Pendidikan Genius daripada pertuduhan menipu dan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM500,000.

Mahkamah juga melepas dan membebaskan bekas koordinator agensi itu daripada pertuduhan menipu pemilik syarikat pembekal barangan am.

 Hakim Mohd Nasir Nordin membuat keputusan itu terhadap Raja Azman Shah Raja Alang Petra, 50, dan Zuraimi Abd Rahim, 42, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

"Setelah meneliti dan mempertimbangkan segala keterangan saksi pembelaan serta hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah," katanya.

Pada 5 Ogos 2013, Raja Azman Shah melalui dua pekerjanya Hishamsol Othmandan Zuraimi, didakwa menipu tiga syarikat iaitu Bakam Suci Sdn Bhd, Zamrud Enterprise dan Pink Style Marketing supaya melabur wang RM500,000 ke dalam tabung kebajikan itu.

Melalui pelaburan itu, syarikat berkenaan boleh menjalankan kerja-kerja bagi Program E-Pendidikan Genius untuk 812 sekolah di tiga negeri.

Raja Ahmad Shah juga didakwa pecah amanah terhadap wang berkenaan berjumlah RM290,000 bagi kegunaan sendiri dan dia juga didakwa bersubahat dengan Hishamsol dan Zuraimi untuk menipu pemilik Zamrud Enterprise, Ng Suat Hon, 58, dengan memperdayakannya untuk menyumbang RM200,000 ke dalam tabung pendidikan itu.

Sumbangan itu bagi membolehkan Zamrud Enterprise mendapat pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang tertuduh tahu syarikat itu tidak layak ditawarkan pengecualian itu.   

Raja Azman Shah merangkap bekas Ketua Eksekutif tabung kebajikan itu,didakwa melakukan semua kesalahan itu di Pejabat Tabung Kebajikan dan Pendidikan Program E-Pendidikan Genius, Suite 17.2 Level 17, Bangunan MAS, Jalan SultanIsmail di sini antara September 2006 hingga 30 Jan 2008.

Pada 18 Jun 2013, bekas Pengarah Operasi Tabung Kebajikan dan Pendidikan E-Pendidikan Genius, Hishamsol, 46, dan Zuraimi mengaku tidak bersalah menipu Ng bagi tujuan sama di tempat yang sama pada 2 petang, 30 Nov 2007.

Bagaimanapun pada 18 Okt 2013,  Hishamsol menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan itu dan dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil manakala peguam Azwan Ibrahim mewakili Raja Azman Shah dan Zuraimi diwakili peguam Rusnan Hassan. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan