Bekas Pegawai KBS, Tiga Lagi Hadapi 191 Tuduhan Gubah Wang Haram RM17 Juta

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 6:26 PM

Otman ketika dihadapkan ke mahkamah akhir Mac 2016.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama tiga pengarah syarikat didakwa dengan 191 pertuduhan berhubung penggubahan wang haram mencecah RM17 juta.

Mereka dituduh di tiga mahkamah berasingan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Khamis.

Kesemua tertuduh Otman Arsahd, 57, Abdul Ghafar Abdurahiman; 42 dan isterinya Siti Rohanah Hussien, 42 serta Halmi Khalid, 35 mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut.

Bagi pendakwaan pertama, bekas Setiausaha Bahagian KBS, Otman dituduh dengan 64 pertuduhan membabitkan penggubahan wang haram bernilai RM16.623 juta.

Otman didakwa melakukan kesalahan penggubahan wang haram dengan pemindahan transaksi antara RM50,000 dan RM900,000 daripada tiga pengarah syarikat ke kad kredit tertuduh antara Mac 2012 dan Disember 2015.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di empat bank di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam mahkamah sama, Halmi yang merupakan pengarah syarikat pembekal barang sukan dituduh dengan satu pertuduhan.

Halmi didakwa melakukan kesalahan membuat penggubahan wang haram dengan pemindahan transaksi wang bernilai RM900,000 ke deposit tunai milik Otman.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada 10 Disember 2015 di RHB Plaza Damas 3, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Hakim Alaudeen Ismail menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 terhadap Otman manakala Halmi sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin dan passport kedua-dua tertuduh diarahkan untuk diserahkan kepada mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes pada 31 Mei 2016.

Sementara itu dalam pendakwaan kedua, tertuduh, Ghafar yang merupakan pengarah syarikat pembekalan barang sukan dan melaksanakan program dituduh dengan 63 pertuduhan membabitkan penggubahan wang haram bernilai RM15.723 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan membuat penggubahan wang haram dengan pemindahan transaksi wang antara RM50,000 dan RM900,000 ke kad kredit Otman antara Mac 2012 dan Disember 2015 di empat buah bank sekitar Kuala Lumpur.

Hakim Mohd Nasir Nordin menetapkan jaminan sebanyak RM 70,000 dengan seorang penjamin dan passport tertuduh diarahkan untuk diserahkan kepada mahkamah. Tarikh sebutan semula kes pada 24 Mei 2016.

Dalam pendakwaan ketiga, Siti Rohanah yang merupakan isteri kepada Ghafar turut dituduh dengan 63 pertuduhan membabitkan penggubahan wang haram yang bernilai RM15.723 juta. 

Kesemua kesalahan yang didakwa adalah sama seperti Abdul Ghafar kerana Siti Rohanah merupakan pengarah bersama bagi syarikat yang membuat pembekalan dan melaksanakan program di KBS.

Hakim Sohaini Alias menetapkan jaminan sebanyak RM70,000 dengan seorang penjamin dan passport tertuduh diarahkan untuk diserahkan kepada mahkamah. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Mei 2016.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang mana di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLATFA 2001 boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali manakala bagi Seksyen 4(1)(b) Akta AMLATFPUAA 2001, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan denda nilai harta penggubahan harta atau lima juta mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan kes SPRM ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi dan Mohd Husmarudin Hussein.







iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan