Seorang Lelaki Hadapi Tiga Tuduhan Miliki Bahan Berkaitan Pengganas, Merekrut

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 3:17 PM

Azmin Shah ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Siput untuk didakwa kerana terlibat dalam kegiatan pengganas, Rabu.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki hari ini didakwa di  Mahkamah Majistret di sini atas tiga pertuduhan termasuk memiliki bahan yang mempunyai kaitan dengan pengganas dan merekrut seorang lelaki lain, sejak Jun tahun lepas.

Tertuduh Mohamad Azmin Shah Sharifudin, 22, didakwa menggalakkan berlakunya perbuatan pengganas di Kampung Tersusun Salak Baru di sini, pada Jun tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130G Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki yang bekerja sendiri itu dituduh merekrut seorang lelaki lain Ahmed Shahir Johari menganggotai kumpulan pengganas di Perkarangan Hentian Sebelah Salak, Kampung Tersusun Salak Baru di sini pada Ogos tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mohamad Azmin juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memiliki bahan yang mempunyai kaitan dengan perlakuan perbuatan pengganas di Kampung Tersusun Salak Baru pada 24 Mac tahun ini, kira-kira 6.55 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohamad Azmin yang tidak diwakili peguam selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong dan mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 25 Mei ini. -- Bernama




iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan