Polis Wanita, Dua Lelaki Didakwa Berhubung Kes Militan Daesh

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang anggota polis wanita dan dua lelaki masing-masing didakwa di tiga Mahkamah Majistret berhubung kes kegiatan militan Daesh.

Di Petaling Jaya, Koperal Jusninawati Abdul Gani, 35, didakwa dengan sengaja tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai kegiatan keganasan di Balai Polis Petaling Jaya, Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya, antara Ogos 2015 dan 22 Mac 2016.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Fadzlin Suraya Datuk Mohd Suah menetapkan 24 Mei ini untuk sebutan semula. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Seorang peniaga Mohd Naazri Ishak @ Bahari, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di Jalan Duta atas pertuduhan menyediakan kemudahan iaitu menggunakan akaun Maybank, dengan pengetahuan bahawa kemudahan itu akan digunakan secara keseluruhannya oleh pengganas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di 96-07-02, Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak, di sini pada 8.20 pagi, 22 Mac lepas mengikut Seksyen 130O (1) (b) (bb) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam itu kerana kesalahan di bawah seksyen itu tidak memperuntukkan sebarang jaminan.

Majistret Siti Radziah Kamaruddin membenarkan permohonan Mohd Dusuki dan menetapkan 21 Jun untuk sebutan semula kes itu.

Di Mahkamah Majistret Selayang, seorang pengurup wang, Mohd Haniffa Syedul Akhbar, 36, didakwa memiliki barang yang mempunyai kaitan dengan perlakuan perbuatan pengganas di 17 A, Kesumba 3A/6, Bukit Beruntung, Rawang pada 8.55 pagi 22 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau boleh dilucut hak mana-mana barang itu, jika sabit kesalahan.Selepas pertuduhan itu dibacakan, Mohd Haniffa yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam memaklumkan bahawa pengakuan tidak boleh direkodkan di Mahkamah Majistret kerana ia bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan kesalahan itu juga di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Majistret Iriane Isabelo menetapkan 27 Mei untuk sebutan semula kes itu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh. Kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, iaitu mahkamah khas yang mengendalikan kes kumpulan militan Daesh.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan