'Bouncer' Dipenjara 17 Tahun Kerana Pukul Penyamun Sebabkan Kematian

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 1:06 PM

'Bouncer' kafe siber Mohd Azrin Shah Mohamed Azraai, 36, dijatuhi hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Joseph di sebuah kafe siber di Taman Sri Manja, Petaling Jaya tiga tahun lepas, di Kompleks Mahkamah Shah Alam, Isnin.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: "Walaupun mangsa telah melakukan samun, kamu tidak sepatutnya mengambil undang-undang di tangan sendiri dengan memukulnya sehingga menyebabkan kematiannya."

Demikian ditegaskan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman ketika menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun ke atas Mohd Azrin Shah Mohamed Azraai kerana menyebabkan kematian M. Joseph, 26, tiga tahun lepas.

Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 7 Mac 2014. Mohd Azrin, 36, bekerja sebagai 'bouncer' atau 'penjaga' di sebuah kafe siber di Petaling Jaya.

Dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan bersama-sama tiga lagi yang masih bebas menyebabkan kematian Joseph di sebuah kafe siber di No: D-G-28, Blok D2, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, Petaling Jaya dekat sini, antara 7.35 pagi dan 9.50 pagi, pada 5 Nov 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Abdul Halim turut menegur sikap tertuduh kerana terlalu mengikut nafsu dan perasaan sehingga bertindak melampaui batasan.

"Bagus kamu menjalankan amanah diberikan oleh majikan kamu tetapi ia haruslah yang tidak memudaratkan diri sendiri. Benar, mangsa telah menyamun tetapi bukan kuasa kamu untuk tangkap dan pukul dia.

"Perkara di luar bidang kuasa, kita serahkan pada pihak berkuasa ... kita ada polis. Tugas kamu patut beri amaran (kepada mangsa) dan lapor kepada polis bukan ambil tindakan di tangan sendiri," katanya.

Mohd Azrin Shah pada awalnya dituduh memgikut Seksyen 302 kanun sama iaitu membunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya T. Deepa Nair sementara tertuduh diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan