Bekas Penyanyi XPDC Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 10:58 PM

Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

MUAR: Bekas penyanyi kumpulan rock terkenal XPDC, Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 48, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Isnin atas dua pertuduhan memiliki dadah, Mac lepas.

Turut mengaku tidak bersalah adalah dua rakannya, Hafiszudin Mokhtar, 31, dan Razali Shapie, 43.

Seorang lagi rakan mereka, Chairil Anwar Yaacob, 29, pula mengaku bersalah di atas pertuduhan pindaan itu dan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan bagi pertuduhan pertama dan penjara sembilan bulan bagi pertuduhan kedua, dari tarikh tangkapan pada 7 Mac 2016.

Mengikut pertuduhan pindaan itu, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis heroin seberat 0.46 gram dan jenis Monoacetylmorphines seberat 0.06 gram di sebuah rumah beralamat RS 38, Jalan Kim Kee di sini, kira-kira 4 petang, 7 Mac 2016.

Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM100,000 atau maksimum penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Muhammad Hidayat Wahab membenarkan jaminan RM8,500 setiap seorang  dengan dua penjamin terhadap kesemua tertuduh dan menetapkan 3 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azfahanim Rajaluddin manakala kesemua tertuduh termasuk Mael tidak diwakili peguam.
Tags / Kata Kunci: XPDC , kes dadah , Mael XPDC

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan