Peguam Americk Sidhu Kekal Wakili Balu P.Balasubramaniam

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2016 5:55 PM

Americk Sidhu

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peguam Americk Sidhu akan terus mewakili balu penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dan anaknya dalam dua permohonan untuk kebenaran merayu berhubung samannya terhadap ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Americk Sidhu memaklumkan kepada panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin bahawa beliau akan menarik balik permohonannya untuk menarik diri daripada mewakili A.
Santamil Selvi dan anaknya -- B. Kishen, B. Menaga dan B. Reeshi.

Hakim Zulkefli, yang bersidang bersama-sama dua hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Azahar Mohamed, kemudiannya membatalkan permohonan menarik diri itu.

Dua permohonan bagi kebenaran itu ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Mahkamah Persekutuan pada 26 April.

Santamil Selvi memohon merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Oktober tahun lepas yang mengetepikan perintah kebenaran untuk merujukkan dakwaan sivilnya terhadap Deepak ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Perintah kebenaran itu berkaitan dengan kebenaran diberikan oleh Deepak untuk saman sivil itu dihantar semula ke Mahkamah Tinggi.

Satu lagi permohonan untuk kebenaran merayu dikemukakan oleh Deepak terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 18 Disember, 2015 yang membenarkan Santamil Selvi dan anak-anaknya untuk mengaktifkan semula saman mereka terhadapnya.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Santamil Selvi untuk meneruskan saman terhadap Deepak dalam kapasiti peribadinya dan bukan bagi pihak mendiang suaminya.

Peguam Shahir Ab. Razak dan peguam Sarah Abishegam yang mewakili Deepak tidak membantah permohonan Americk Sidhu untuk menarik balik permohonannya itu.

Deepak ialah antara sembilan defendan yang disaman oleh Santamil Selvi dan anaknya berhubung tuntutan bagi kerugian dialami mereka semasa berada di luar negara selama 56 bulan dari 4 Julai 2008 hingga 15 Mac, 2013, apabila Balasubramaniam meninggal dunia akibat serangan jantung selepas pulang dari India.

Lapan yang lain ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor; dua adik Najib, Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohd. Nazim; peguam Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya Sunil Abraham; pesuruhjaya sumpah Zainal Abidin Muhayat dan peguam M. Arunampalam.

Pada 24 April tahun lepas, Santamil Selvi dan anaknya gagal dalam usaha mereka di Mahkamah Persekutuan untuk mengaktifkan semula saman sivil mereka terhadap lapan individu berkenaan, yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, wanita itu berkata suaminya telah dipaksa menarik balik akuan bersumpah yang dibuat pada 1 Julai, 2008, berhubung fakta tertentu dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Santamil Selvi dan anaknya memohon ganti rugi berjumlah RM840,000, termasuk sewa sebuah apartmen di Chennai, India; yuran sekolah anak-anaknya dan kehilangan pendapatan sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos pengangkutan, ganti rugi am, ganti rugi khas dan kos.

Di luar mahkamah, Americk Sidhu memberitahu pemberita bahawa permohonannya untuk menarik diri daripada mewakili Santamil Selvi dibuat selepas wanita itu mengadakan sidang media pada 12 Mac tahun ini.

Katanya Santamil Selvi datang berjumpanya pada minggu lepas dan memintanya meneruskan permohonan bagi kebenaran merayu.

Wanita itu juga menjelaskan apa yang telah berlaku dan beliau menerima penjelasan itu, kata Americk Sidhu.

Tags / Kata Kunci: PI Bala , Americk Sidhu , Santamil Selvi , Altantuya

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan