'Tuhan Harun' Dipenjara 15 Tahun Kerana Kumpul Deposit Secara Haram

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 5:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun' atau Harun Mat Saat dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan mengumpul deposit secara haram berjumlah RM35 juta, 10 tahun lepas.

Bagaimanapun, Harun, 50, yang kini menghidap penyakit angin ahmar menyebabkan beliau tidak boleh bergerak dan bercakap serta sukar melihat, hanya perlu menjalani hukuman enam tahun penjara selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak, bermula Jumaat.

Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu. 

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara, pertuduhan kedua tiga tahun penjara, serta masing-masing hukuman empat tahun dan enam tahun penjara untuk pertuduhan ketiga dan keempat.

Pada 17 April 2014, Harun didakwa atas pertuduhan membantu Business Time Dina Sdn Bhd, Pan Phoenix Dina Sdn Bhd dan Pan-Phoenix Dina Steel Sdn Bhd, menerima deposit RM35 juta daripada syarikat dan orang awam tanpa lesen sah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Wisma MPL dan Wisma Goldhill, Jalan Raja Chulan di sini, antara 13 September 2006 dan 8 April 2008.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Harun bersama lima lagi pengikutnya juga menghadapi pertuduhan lain, iaitu membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raffli Abd Malek, pada 10 November 2013.

Kes itu didengar di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Harun juga menghadapi satu pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah dan 10 pertuduhan di Mahkamah Rendah Syariah di Kuantan, termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai tuhan.

Terdahulu, peguam Hermes Media Putra Ibrahim dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman terhadap Harun memandangkan dia mempunyai ramai anak dan kini tidak mempunyai pekerjaan.

"Mohon mahkamah menjatuhkan hukuman dengan kadar minimum kerana anak guam saya tidak sihat, walaupun dia dijamin tetapi tidak dapat menikmati kehidupan seperti orang yang dijamin kerana masih direman atas pertuduhan lain," katanya. 

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Shukri Ahmad Mansor memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh memandangkan ramai yang teraniaya dengan perbuatannya itu.

"Terdapat mangsa yang merana dan hubungan keluarga menjadi renggang disebabkan skim yang diperkenalkan oleh tertuduh," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Tuhan Harun

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan