Kes Saman Fitnah Mustapa Terhadap Husam Selesai

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 3:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap Datuk Husam Musa, selesai, selepas bekas naib presiden PAS itu menyatakan kekesalannya berhubung penerbitan kenyataan fitnah terhadap menteri itu.

Pada 22 April 2013, Mustapa memfailkan saman itu atas dakwaan Husam telah mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya berhubung saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dalam ceramah politik di Tapak Ekspo Machang, Kelantan pada 23 Mac tahun sama.

Terdahulu, Husam selaku defendan membacakan kenyataan bagi menzahirkan kekesalannya berhubung penerbitan perkataan berunsur fitnah yang diterbitkan dalam Harakahdaily di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.

Katanya berkata beliau tidak pernah mengatakan perkataan-perkataan yang menjadi asas dalam kes saman fitnah itu yang diterbitkan dalam HarakahDaily bertarikh 24 Mac 2013 di bawah tajuk "Lahad Datu: Menteri Sepatutnya Letak Jawatan".

Katanya beliau tidak pernah menuduh plaintif (Mustapa) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan seperti yang dinyatakan dalam penerbitan itu.

"Oleh kerana nama saya disabitkan sebagai orang yang mula dikaitkan membuat tuduhan sedemikian terhadapnya, saya berasa kesal dengan kejadian penerbitan itu kerana telah salah memetik apa yang kononnya perkataan-perkataan saya menyebabkan kesulitan kepada saya dan juga plaintif," kata Husam.

Sementara itu, peguam mewakili Mustapa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata dengan kenyataan yang dibacakan Husam secara terbuka itu, anak guamnya berpuas hati dan menarik balik saman tersebut tanpa sebarang perintah termasuk kos.

Mahkamah kemudiannya membatalkan saman itu tanpa sebarang perintah termasuk kos.

Dalam samannya, Anggota Parlimen Jeli itu mendakwa pada 24 Mac 2013, PAS dan defendan lain menerbitkan perkataan fitnah oleh Husam itu menerusi harakahdaily.net. yang boleh diakses berjuta-juta pengguna laman sesawang berkenaan.

Mustapa mendakwa kenyataan fitnah itu, antara lain, membawa maksud beliau adalah seorang pemimpin dan ahli politik yang korup, tidak berkredibiliti serta menyalahgunakan kuasanya bagi kepentingan peribadi dan pemimpin Umno.

Beliau memohon ganti rugi tambahan dan teladan serta perintah injunksi menghalang defendan daripada mengulangi kenyataan fitnah berkenaan.

Pada 8 Disember 2015, kes saman sama oleh Mustapa terhadap PAS, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, ketua pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong dan pengarang akhbar dalam talian itu Azmi Yusof turut diselesaikan secara baik selepas kesemua defendan itu mengemukakan permohonan maaf melalui peguam mewakili mereka, Sharifah Nur Asmaa' Syed Azman.

Sejurus selesai prosiding, Husam dilihat bersalaman dengan Mustapa di luar mahkamah.

Prosiding itu turut dihadiri peguam Mohamad Fitri Khalis Ahmad dan Ahmad Termizi Abdullah, mewakili Husam.

Pada Jumaat kes itu dijadualkan untuk sambung bicara dan Mustapa sepatutnya memberi keterangan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mustapa Mohamed , Husam Musa , saman fitnah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan