Bunuh Isteri, Penganggur Diarah Bela Diri

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Seorang penganggur diarahkan membela diri oleh  Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Pesuruhjaya Kehakiman Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu dan mengarahkan Ang Kwee Boo, 46, membela diri dan memutuskan 25 April sebagai tarikh kes pembelaan.

Tertuduh didakwa melakukan bunuh hingga menyebabkan kematian isterinya, Tan Wei Chyi, 37, di rumah mereka di Taman Setia Jaya, Batu Pahat pada 8 Februari, 2014.

Perbicaran kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal manakala tertuduh diwakili peguam bela Visvanathan Nair M. Govindan Nair.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Mahkamah Tinggi Muar menambah hukuman terhadap pengawal ladang atas tuduhan rompakan bersenjata terhadap tiga warga Indonesia pada 31 Mei 2014.

Tertuduh, Abdul Rashid Abdul Wahab, 42, sebelum ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen sebelum peguam bela, Mohd Razak Sharif dan Mohd Radzi Yatiman membuat rayuan untuk meringankan hukuman.

Muhammad Jamil sebaliknya menolak rayuan tertuduh dan meningkatkan hukuman kepada lapan tahun penjara dan tiga sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi meminta mahkamah meningkatkan hukuman setelah mengambil kira jenayah berat yang dilakukan tertuduh mampu mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Abdul Rashid dituduh melakukan melakukan kesalahan itu pada 31 Mei 2014  di asrama pekerja di Kampung Parit Burah, Sri Gading, Batu Pahat dengan bersenjatakan sebilah parang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan