Khairuddin Gagal Ketepikan Tuduhan Sabotaj Perbankan Negara

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 4:24 PM

Khairuddin Abu Hassan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan gagal untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya kerana cuba mensabotaj perbankan negara dan perkhidmatan kewangan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Nordin Hassan pada Rabu mengetepikan permohonan Khairuddin selepas membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan.

Dalam notis permohonan, Khairuddin mendakwa berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mempunyai kuasa untuk meneruskan pertuduhan terhadapnya.

Beliau mendakwa pelantikan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara pada masa itu, menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail adalah bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Tags / Kata Kunci: Khairuddin Abu Hassan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan