Penganggur Nafi Curi Telefon Bimbit Di Plaza Low Yat

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 9:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganggur, Shahrul Anuar Abdul Aziz, yang membela diri terhadap pertuduhan mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat di Mahkamah Majistret di sini Selasa, menafikan yang dia mencuri telefon itu tetapi hanya mahu meninjau harganya.

Shahrul Anuar, 23, berkata dia pergi ke Plaza Low Yat bersama rakannya, Mohamad Khairul Azmi Mazlan, 23, bagaimanapun hanya dia seorang ke kedai menjual telefon itu.

Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne sama ada dia bersetuju bahawa ketika jurujual di kedai itu berpusing untuk mengambil hadiah percuma, dia mengambil telefon itu dan lari, dia menjawab "tidak setuju".

Shahrul Anuar didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang, pada 4.47 petang, 11 Julai tahun lalu,  mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kepada soalan peguam mewakilinya Ihsan Busyro Zakaria, tertuduh berkata sebelum itu dia ada memegang telefon itu.

"Saya tanya (jurujual) harga telefon berapa. Dia jawab RM780. Dia tanya berapa kamu nak dan saya tulis di kalkulator RM750. Kemudian dia cakap nak bagi 'free gift', saya cakap tak nak beli, lepas itu saya tinggalkan telefon itu di atas meja dan terus jalan," katanya.

Shahrul Anuar berkata dia kemudian tergesa-gesa meninggalkan telefon bimbit di atas meja pameran selepas melihat telefon itu kerana tidak mahu jurujual itu memaksanya membelinya.

Bagaimanapun, katanya ketika dia menuruni eskalator untuk ke tingkat bawah, secara tiba-tiba sekumpulan individu terdiri dari enam lelaki telah menahan dan memukulnya.

"Saya rasa pelik, tiba-tiba (sekumpulan individu) tarik saya, tolak ke tepi dan belasah," katanya memberitahu dia tidak mengetahui punca dipukul dan kemudian dibawa ke bilik pengawal keselamatan.

Kepada soalan Ihsan Busyro mengapa dia mengikut arahan untuk dibawa ke bilik pengawal, katanya: "Sebab saya tak nak dibelasah lagi, saya pun tak tahu kenapa, jadi saya ikut sahaja."

Sementara itu, Mohamad Khairul Azmi dalam keterangannya sebagai saksi pihak pembelaan, memberitahu mahkamah bahawa dia hanya mengetahui rakannya itu dituduh mencuri telefon bimbit setelah dibawa ke bilik pengawal keselamatan.

Katanya dia yang menunggu Shahrul Anuar di tingkat bawah terdengar satu kekecohan berlaku berhampiran eskalator dan apabila menghampiri lokasi kejadian, dia mendapati rakannya itu sedang dikerumuni dan dipukul oleh beberapa individu.

"Saya kemudian memeluk Shahrul Anuar dan beritahu mereka, sabar, sabar, kita tak tahu cerita, kita bincang di bilik pengawal," katanya dan menurutnya mereka kemudian dibawa ke bilik pengawal dan diberitahu Shahrul Anuar telah dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.

Pada 12 Februari lalu, Shahrul Anuar didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengambil dadah syabu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

Pada 24 Februari lalu, tertuduh sekali lagi dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang mekanik menggunakan parang di Jalan Jelatek, di sini, pada 20 Februari lalu.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor bersambung 4 Mei. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: penganggur , telefon bimbit , Plaza Low Yat

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan