Pegawai Penyiasat SPRM Dipenjara Tiga Bulan, Denda RM3,000

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan meminta suapan berjumlah RM20,000 daripada seorang pegawai polis, 7 April lepas.

Hakim Amran Jantan ketika menjatuhkan hukuman itu terhadap Kenny Chua Boon Meng, 35, memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh ditangkap, 7 April lepas.

Tertuduh diperintah dihukum penjara tiga bulan lagi sekiranya gagal bayar denda berkenaan.

Kenny yang bertugas di Pejabat SPRM Putrajaya didakwa meminta suapan terbabit daripada seorang pegawai polis berpangkat inspektor, Muhamad Fazal Sulaiman, 36, dengan cara memperdayakan mangsa menyerahkan sejumlah RM20,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya berhubung satu fail tohmahan yang kononnya dibuka SPRM sedangkan ia tidak wujud.

Dia melakukan kesalahan itu di dalam kereta jenis Proton Persona di perkarangan luar bangunan Balai Bomba dan Penyelamat, Bandar Baru Bangi pada 12.55 tengah hari, 7 April lepas.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Heikal Ismail, memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap Kenny kerana dia merupakan pegawai SPRM yang sepatutnya bertanggungjawab mengekang jenayah rasuah di negara ini.

Bagaimanapun Kenny yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atasnya dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama selain telah banyak memberikan sumbangan kepada SPRM sepanjang lapan tahun berkhidmat termasuk menyelesaikan pelbagai kes berkaitan rasuah.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Rasuah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan