Kes Saman Najib Terhadap Nga Perlu Diputuskan Melalui Isu Perundangan - Peguam

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 8:20 PM

Datuk Mohd Hafarizam Harun

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin diberitahu kes saman Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor terhadap Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming perlu diputuskan melalui isu perundangan tanpa perbicaraan penuh kerana telah terbukti status bergambar yang dimuat naik Nga merujuk kepada pasangan itu.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Rosmah dalam hujahannya berkata status bergambar dan kenyataan yang digunakan dalam status bergambar yang dimuat naik dalam Facebook Nga adalah fakta dan bukannya komen.

"Nga dalam pernyataan pembelaannya juga tidak menafikan bahawa beliau telah menerbitkan gambar dan status berkenaan serta tidak pernah menafikan Facebook itu bukan miliknya," kata peguam itu.

Mohd Hafarizam turut berhujah bahawa kes itu perlu diputuskan melalui isu perundangan kerana telah dibuktikan status bergambar yang dimuat naik Nga telah tersebar kepada pihak ketiga di mana ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet seluruh dunia.

"Defendan (Nga) juga tidak pernah menafikan beliau telah memadamkan status bergambar berkenaan yang didakwa mengandungi perkataan berunsur fitnah," hujah beliau dalam permohonan Najib dan Rosmah supaya kes itu diputuskan melalui isu perundangan.

Mohd Hafarizam berkata permohonan itu dikemukakan mengikut Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 iaitu melupuskan sesuatu kes saman sivil tanpa perlu memanggil saksi untuk memberi keterangan.

Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid menetapkan 9 Mei untuk Mohd Hafarizam menyambung hujahannya.

Pada 11 Jun tahun lepas, Najib atas kapasiti peribadinya dan Rosmah memfailkan saman itu terhadap Nga selepas mendakwa defendan memuat naik gambar pasangan itu berserta status dalam akaun Facebook atas nama Nga Kor Ming, pada 29 Mac tahun lepas.

Najib dan Rosmah mendakwa dalam status bergambar itu terpampang gambar mereka bersama-sama dengan beberapa menteri kabinet Malaysia dan pegawai tertinggi Wisma Putra di dalam sebuah bilik hotel di China.

Mereka mendakwa Nga menerbitkan perkataan-perkataan fitnah dalam akaun Facebooknya dengan memuat naik status memfitnah yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet di seluruh dunia.

Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau menyalah guna kuasa dan mandat sebagai perdana menteri untuk kepentingan sendiri atau kepentingan isterinya dengan membenarkan Rosmah mencampuri urusan dan hal ehwal kerajaan.

Rosmah pula mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud beliau adalah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana mempengaruhi suaminya selaku perdana menteri dan menyalah guna kuasa selain mempunyai kepentingan dalam sistem pentadbiran negara.

Oleh itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan