Ejen Insurans Didakwa Bunuh Wanita 21 Tahun - Berita Mahkamah | mStar

Ejen Insurans Didakwa Bunuh Wanita 21 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 10:44 AM

Tertuduh, Faiz Mohd Fazli,42.

(Ubah saiz teks)

JITRA: Seorang ejen insurans dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, Isnin atas pertuduhan membunuh wanita berumur 21 tahun yang merupakan penyelia sebuah syarikat teksi, pada hujung bulan lepas.

Tertuduh Faiz Mohd Fazli, 42, didakwa membunuh Nurul Syahirah Ishak di sebuah rumah di Taman Gemilang di sini pada kira-kira 1.30 tengah hari, 31 Mac lalu.

Tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizzuddin Ramli dan tiada pengakuan direkodkan daripadanya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Khairul kemudian menetapkan 12 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Savinder dan tertuduh diwakili peguam G. Ravishankar.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan