Bekas Pengarah Perhilitan Johor Terlepas Tuduhan Curi Sumbu Badak

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 2:51 PM

Bekas Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Yusoff Shariff (dua,kanan) memeluk ibunya Maisarah Selong (duduk), 84, selepas dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan mencuri sumbu badak milik Muzium Diraja Johor Oktober tahun lalu di Mahkamah Sesyen, Ahad. Turut bersama beliau adalah isterinya, Nafizah Abdul Hadi, 43, (tiga, kiri) dan anak-anaknya. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad, melepas dan membebaskan bekas Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor daripada tuduhan mencuri sumbu badak berusia lebih 100 tahun milik Muzium Diraja Johor, pada Oktober tahun lepas.

Hakim Sabariah Atan memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh Yusoff Shariff, 47.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan RM5,000 yang dikenakan ke atas tertuduh dikembalikan.

Pada 31 Mac lepas, peguam mewakili tertuduh Datuk Hanif Hassan mengemukakan representasi kepada mahkamah untuk membatalkan kes tersebut.

Yusoff dituduh mencuri sumbu badak itu yang disimpan di bahagian hadapan Muzium Diraja Johor, Bangunan Sultan Ibrahim, tanpa kebenaran sah pada 2.30 petang, 15 Oktober 2015.


Bagaimanapun, ketika dihadapkan ke mahkamah pada 28 Dis 2015, beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Yusoff boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Yusoff yang kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Ex-Situ di Ibu Pejabat Perhilitan di Cheras, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya.

"Dalam kes ini, saya sebenarnya cuma menjalankan tugas dan berlaku salah faham," katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas tamat prosiding hari ini.

Pendakwaan kes dilakukan Ketua Unit Pendakwaan Johor, Saiful Edris Zainuddin.
Tags / Kata Kunci: sumbu badak , Perhilitan , Yusoff Shariff

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan