Mohd Rafizi Didakwa Miliki Dokumen 1MDB, Tabung Haji

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 3:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli didakwa di dua mahkamah berasingan pada Jumaat terhadap dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan dokumen rasmi berhubung laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyiarkan tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji.

Mohd Rafizi, 39, yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan dan Majistret Mohd Rehan Mohd Aris.

Di Mahkamah Sesyen, Mohd Rafizi didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lalu, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Rafizi didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan pada masa sama, 28 Mac lalu, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya Hakim Zulqarnain mengenai jumlah jaminan, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas memaklumkan bahawa pihak pembelaan yang diketuai peguam R. Sivarasa, masing-masing bersetuju wang jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Zulqarnain membenarkan Mohd Rafizi diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 April ini untuk pengurusan kes.

Di Mahkamah Majistret, Mohd Rafizi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyiarkan tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji di laman blognya iaitu www.rafiziramli.com. yang boleh merosakkan nama baik pertubuhan perbadanan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201 Jalan Tun Razak, Dang Wangi, pada 9 pagi pada 18 Feb mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Rehan membenarkan Mohd Rafizi diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 April ini untuk sebutan semula.

Pada 7 Mac lepas, setiausaha agung PKR itu dipanggil untuk memberi  keterangan berhubung memberi kenyataan palsu dan memfitnah dalam beberapa siri pendedahan skandal berkaitan Lembaga Tabung Haji.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan