Doktor Pakar Diarah Bayar Ganti Rugi Kerana Cuai Semasa Pembedahan

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat mengarahkan seorang doktor hospital swasta membayar ganti rugi RM165,375.81 kepada seorang wanita akibat kecuaian pembedahan caesarean, empat tahun lepas.

Hakim Datin Nursinah Adzmi membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan plaintif, Noorziana Md Yusuf, 40, seorang peguam, terhadap pakar perubatan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Fatima Najla KM Muhd, selaku defendan pertama dalam kes saman berkenaan.

Nursinah dalam penghakimannya berkata Noorziana berjaya membuktikan kecuaian Dr Fatma Najla semasa menjalankan pembedahan itu sehingga menyebabkannya mengalami kesakitan, komplikasi dan kecederaan.

Pada 6 Dis 2012, Noorziana dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kelana Jaya, dekat sini bagi melahirkan anak keempat secara pembedahan yang dikendalikan oleh doktor tersebut.

"Dia kemudiannya mengalami kebocoran air kencing dan faraj selepas pembedahan itu dan ujian 'Cystogram' mengesahkan Noorziana mengalami 'Vesico-Uterine Fistula' (kecederaan pada saluran pundi kencing).

"Dalam kes ini, defendan pertama mengaku bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kecederaan dan komplikasi yang dialami oleh plaintif," kata Nursinah.

Mahkamah memerintahkan Dr Fatma Najla membayar pampasan RM50,000 bagi kesakitan dan penderitaan; RM14,675.81 sebagai ganti rugi khas; RM700 bagi kos ulang-alik, kos mengikut skala serta faedah sebanyak lima peratus setahun untuk ganti rugi am, 2.5 peratus setahun bagi ganti rugi khas dan lima peratus setahun untuk jumlah kos perundangan.

Noorziana ketika ditemui mengharapkan kes itu akan menjadi pengajaran kepada masyarakat dan pengamal perubatan supaya insiden sama tidak berulang.

Beliau diwakili peguam Azmer Md Saad.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan