Kes Kevin Morais: Campuran DNA Pada Kemeja T

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 3:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Jumaat diberitahu campuran DNA yang ditemukan pada tompokan darah atas sehelai kemeja-T adalah sepadan dengan DNA 'unknown' (tidak diketahui) dan DNA seorang tertuduh dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Ahli Kimia Forensik DNA Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon, 43, berkata profil DNA bercampur yang dijumpai pada bahagian hadapan kemeja-T hitam itu sepadan dengan DNA yang diperoleh dari spesimen tulang berlabel 'unknown'  dan DNA spesimen darah berlabel S. Nimalan.

Dalam keterangannya semalam, Nor Aidora berkata DNA spesimen tulang berlabel 'unknown' itu sepadan dengan DNA sampel yang diperoleh daripada adik-beradik kandung Kevin Morais iaitu David Ramesh dan Richard Dilaan.

Ketika ditanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin sama ada berlaku sentuhan antara DNA 'unknown' dengan DNA Nimalan, saksi pendakwaan kesembilan itu berkata "berkemungkinan bersentuhan dan mungkin juga tidak".

Nor Aidora turut memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapatkan DNA itu dengan cara mengikis baju tersebut.

"Terdapat tiga cara untuk memperoleh kesan DNA surih iaitu memotong tempat yang berkenaan, mengambil dengan kapas kesat dan menggunakan pisau pengikis yang sangat tajam untuk mengikis apa sahaja yang melekat pada barang bukti.

"Teknik saya untuk mendapatkan DNA surih pada baju ini ialah dengan mengikis," katanya sambil menambah teknik itu lebih efektif untuk mendapatkan DNA surih yang lebih besar.

Bagaimanapun, Nor Aidora tidak menolak kemungkinan profil DNA tidak dapat diperoleh berikutan proses pereputan badan manusia yang menyebabkan kehadiran bakteria selain faktor kelembapan dan suhu tinggi melampau.

Beliau berkata satu profil DNA diperoleh pada bahagian ketiak kanan dan kiri kemeja-T itu yang dikemukakan sebagai bahan bukti dalam kes tersebut sepadan dengan profil DNA berlabel Nimalan dan S. Ravi Chandaran.

"Semasa saya terima kemeja-T ini, saya menjalankan ujian DNA surih ke atas beberapa tompokan yang ditandakan pada bahagian ketiak kanan dan kiri serta di bahagian hadapan baju tersebut.

"DNA itu berpadanan dengan profil DNA daripada dua spesimen kesan darah berlabel S. Nimalan dan S. Ravi Chandaran," katanya dalam keterangannya di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan