Wanita Hamil Tujuh Bulan Didakwa Tipu Pakej Umrah

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2016 4:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita hamil tujuh bulan menghadapi 30 pertuduhan menipu pakej umrah melibatkan wang tunai berjumlah RM166,300 di tiga Mahkamah Majistret Ampang di sini, Khamis.

Rozaimenurhianti Ahmad Azmi,31 , mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Mohamed Izwan Mohamad Noh, Majistret Haslinda A. Raof dan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa menipu Azlina Fakhrudin, 44, dengan memperdayakannya bahawa tertuduh boleh menyediakan perkhidmatan pakej umrah ke Mekah untuk 55 orang peserta hingga menyebabkan mangsa menyerahkan wang berjumlah RM166,300 antara 22 Okt 2015 hingga 21 Mac 2016 melibatkan 30 transaksi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Ampang antaranya di Ampang Point, Taman Dagang dan Kampung Pandan Dalam di sini dan pertuduhan adalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Nik Ahmed Asraf Nik Othman diikat jamin RM60,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin, dan menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula.

Terdahulu Nik Ahmed Asraf memohon mahkamah mengurangkan jaminan memandangkan tertuduh yang hamil tujuh bulan dan mempunyai tiga orang anak berusia antara empat hingga lapan tahun itu tidak mempunyai pendapatan lain.

Katanya wanita itu bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suaminya yang bekerja sebagai kerani untuk menyara keluarga.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim dan Raihanah Abd Razak menawarkan jaminan sebanyak RM138,000 untuk semua pertuduhan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan