Neelofa Bakal Saman Pengeluar Tudung Ciplak

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 10:17 PM

Neelofa (kiri) bersama Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor Abdul Rosik Yakub pada sidang media rampasan tudung jenama Naelofar Hijab di Shah Alam, Rabu. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Aktres Noor Neelofa Mohd Noor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat tekstil di Vietnam kerana menciplak rekaan tudungnya.

Pereka Naelofar Hijab berkata pada masa ini proses mendaftar tanda dagangan di Vietnam sedang dilakukan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.

Jurucakap pasukan undang-undang beliau mengesahkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Vietnam dan mengumpul lebih banyak bukti untuk digunakan dalam kes itu.

"Tanda dagangan tersebut sedang menunggu masa untuk diluluskan bagi pendaftaran di Vietnam.

"Selepas itu, kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tekstil yang telah menciplak label Naelofar Hijab,'' katanya ketika ditemui di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor di sini pada Rabu.

Neelofa, yang turut hadir berkata pada tahun lepas syarikat beliau mendapat tahu bahawa rekaan tiruan Naelofar Hijab telah dijual di sembilan kedai di Lembah Klang.

''Kami telah mengeluarkan surat amaran dan meminta mereka menghentikan penjualan barang-barang tersebut.

''Bagaimanapun, semua amaran dan nasihat tidak diendahkan.

''Kami tidak mempunyai pilihan melainkan membuat laporan kepada kementerian kerana barang yang tidak bermutu telah memberi kesan kepada jenama dan pengedar kita yang sah, '' katanya.

Produk tiruan itu telah dijual dari harga RM30 setiap satu, kira-kira separuh daripada harga barang yang asli.

Difahamkan, kedai-kedai yang telah menjual hijab tiruan itu dimiliki oleh sebuah syarikat tempatan yang mendapat bekalan daripada pengeluar tekstil di Vietnam.

Neelofa berkata produk di bawah label beliau adalah sepenuhnya buatan Malaysia dan beliau tidak pernah melantik mana-mana pengilang asing.

Sebelum itu, Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor Abdul Rosik Yakub memberitahu satu sidang akhbar bahawa 79 helai tudung tiruan telah dirampas dari dua buah kedai di Kajang dan Gombak.

''Kami telah menyerbu dua buah kedai berikutan aduan dan merampas barangan tiruan bernilai kira-kira RM7,100.

''Kami sedang menyiasat kedai-kedai lain yang terlibat dalam kes itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan