Ketua Umno P.Pinang, Pemaju Batalkan Saman Terhadap Lim

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 8:09 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Selasa membatalkan saman difailkan dua Ketua Umno Bahagian Pulau Pinang dan sebuah syarikat pemaju perumahan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan empat pihak lain berhubung penjualan tanah milik orang Melayu di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar membatalkan saman itu selepas menerima notis pemberhentian daripada peguam plaintif, Tetuan Abu Bakar As-Sidek, pada 1 April lepas untuk tidak meneruskan saman itu terhadap kesemua defendan.

Abu Bakar mewakili Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa SheikhFadzir, Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor Datuk Omar Faudzar, serta Maison Height Sdn Bhd selaku plaintif.

Pada 30 Jan 2015, kesemua plaintif memfailkan saman terhadap Lim, TMI Dot Com Sdn Bhd selaku pemilik portal Malaysia Insider ketika itu, bekas editor Malaysia Insider Jahabar Sadiq, Mkini Dotcom Sdn Bhd selaku pemilik portal Malaysiakini dan editornya, Stevan Gan yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, kesemua plaintif mendakwa Lim bertanggungjawab terhadap penerbitan tiga artikel berunsur fitnah yang diterbitkan oleh Malaysian Insider dan Malaysia kini masing-masing pada 27 November dan 28 November  2014.

Kesemua plaintif mendakwa tiga artikel itu membawa maksud bahawa syarikat Maison Height adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan dengan niat menipu dalam transaksi jual beli tanah di Balik Pulau dan mengaut keuntungan daripada hasil jualan tersebut.

Mereka juga mendakwa artikel itu membawa maksud Musa dan Omar telah mengkhianati orang Melayu dan sengaja mengaburi mata rakyat serta tidak boleh dipercayai.

Selain itu, plaintif mendakwa mereka dikecam teruk dalam media sosial dan media massa berikutan penerbitan perkataan fitnah itu.

Kesemua plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan satu injunksi untuk menghalang defendan menerbitkan artikel itu secara lisan atau melalui media cetak serta Internet.-Bernama

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan