Pelancong Vietnam Tawar Khidmat Seks Kepada Anggota Polis Didenda RM2,000

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM500 kepada seorang anggota polis, seorang pelancong Vietnam didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini Isnin.

Majistret Siti Radzeah Kamarudin memerintahkan Nguyen Thi Thuy Hua, 33, menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Wanita itu didakwa menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM500 bagi sekali perkhidmatan kepada anggota polis itu di sebuah pusat hiburan, di Wisma Tong Ah, No 1, Jalan Perak, Dang Wangi di sini pada 9.30 malam, 24 Mac lepas.

Nguyen yang diwakili peguam Vincent Chew Zi Xian, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh, namun Vincent memohon hukuman denda minimum atas alasan tertuduh yang datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan perlu menanggung seorang anak.

Di mahkamah sama, seorang tukang gunting rambut warga Vietnam, Le Thi Duc Nhan, 20, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri wang tunai bernilai RM10,000 milik rakan senegaranya Tran Thi Thanh Nga.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat A-20-A, Mutiara Villa, Jalan Sahabat Off Jalan Tung Sin, Dang Wangi di sini pada pukul 7.30 malam, 12 Mac lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana tempoh sah pasportnya telah tamat dan menetapkan 17 Mei untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pelancong Vietnam , khidmat seks

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan