Seleweng Dana: Pegawai MOA Dibebas Dengan Jaminan SPRM

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2016 11:30 AM

Kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa Pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (tengah) yang ditahan reman bagi membantu siasatan penyelewengan dana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melebihi RM100 juta di Mahkamah Majistret pada Rabu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditahan reman bagi membantu siasatan penyelewengan dana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melebihi RM100 juta, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rabu.  

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membebaskan lelaki itu dengan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin selepas siasatan terhadapnya selesai.

Lelaki berusia 43 tahun itu, yang berkhidmat di KBS sebelum berpindah ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kira-kira sebulan lalu, ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan pada 23 Mac dan direman tujuh hari.

Pada 17 Mac, SPRM menahan enam individu, termasuk pegawai kanan KBS dan seorang wanita, berkaitan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai RM107 juta.

Tiga lagi individu ditahan sehari selepas itu bagi membantu siasatan. Sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak 2010 dengan menggunakan bahagian kewangan agensi KBS membuat bayaran kepada 14 syarikat kononnya bagi tujuanmenjayakan program berkaitan acara sukan.

Pada 24 Mac, dua kontraktor syarikat penganjuran acara dan seorang wanita yang merupakan proksi sebuah syarikat dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Pada Jumaat lepas, seorang lagi kontraktor syarikat penganjuran acaraberusia 36 tahun pula dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Dana Kerajaan , Seleweng

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan