Pengurus Besar Anak Syarikat TNB Didakwa Terima Rasuah Hampir RM2 Juta

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2016 2:51 PM

Shahanom Uthman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 14 tuduhan menerima suapan wang tunai hampir RM2 juta dan sebuah BMW 5 Series berhubung tender pembelian tembaga. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus besar anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Rabu terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah hampir RM2 juta dan sebuah kereta BMW 5 series berhubung diskaun timbangan berat tembaga yang belum diproses.

Dr Shahanom Uthman, 52, Pengurus Besar (Bahagian Projek dan Servis) Malaysia Transformer Manufacturing Sdn Bhd, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding,mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Sohaini Alias.

Bagi semua pertuduhan itu, Shahanom didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM1,351,000 melalui 11 transaksi daripada Pengarah Bina Mekar Sdn Bhd, Ahsan Sabri Phang Abdullah dan wang tunai berjumlah RM530,000 daripada Te Boon Chun, pekerja syarikat Bina Mekar melalui dua transaksi sebagai upah untuk memberi diskaun kepada timbangan berat tembaga yang belum diproses.

Shahanom, yang kini digantung tugas, turut didakwa memperoleh satu suapan iaitu sebuah kereta BMW berharga RM140,000 daripada Te bagi tujuan sama.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di lima tempat letak kereta iaitu di KL Festival City, bangunan Starhill Gallery, Restoran Stadium Negara, Restoran ZK Al-Azmi Garden dan di pejabat Bina Mekar Sdn Bhd pada 9 malam, antara 5 Disember 2013 hingga 18 Dis 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Aida Adhha Abu Bakar dari SPRM menawarkan jumlah jaminan RM300,000 terhadap tertuduh bagi kesemua pertuduhan kerana kesalahan itu serius selain memohon pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili Shahanom memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya hanya mampu membayar RM30,000 berikutan harta miliknya termasuk kereta dan geran tanah telah disita SPRM selain dua akaun bank miliknya turut dibekukan.

"Anak guam saya juga perlu berada di samping isterinya, seorang guru yang mengalami masalah kemurungan dan penyakit isterinya itu disahkan oleh Hospital Kuala Lumpur dan KPJ Tawakkal," kata peguam itu sambil menambah sekiranya anak guamnya tidak dapat membayar wang jaminan, dikhuatiri menyebabkan keadaan isterinya menjadi lebih serius.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan dua orang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan memerintahkan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 29 April untuk sebutan.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan