Mahmud Abu Bekir Berjaya Tangguh Bayaran Mutaah RM30 Juta

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2016 6:38 PM

Mahmud Abu Bekir

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib pada Rabu berjaya menangguhkan pelaksanaan perintah pembayaran mutaah berjumlah RM30 juta terhadap bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Muhamad Abdul Karim Wahab membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh ahli perniagaan itu melalui peguamnya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Dalam penghakimannya, katanya mahkamah membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan keseluruhan fakta dan hujahan yang dikemukakan bagi mengelak kemudaratan kepada kedua-dua pihak.

Katanya mahkamah mengambil kira kesukaran Mahmud Abu Bekir selaku pemohon untuk membayar jumlah mutaah yang besar dalam masa singkat iaitu secara ansuran selama tiga bulan bermula 31 Mac ini.

"Mahkamah juga mengambil kira faktor jumlah perlu dibayar adalah besar dan memaksa pemohon membuat pinjaman, yang akan menyebabkan kerugian yang tidak boleh diperolehi semula atau harta benda yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

"Selepas berpuas hati dengan segala fakta dikemukakan, mahkamah membenarkan permohonan penggantungan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan," kata hakim.

Pada 10 Mac lalu, Muhamad Abdul Karim memerintahkan Mahmud Abu Bekir membayar jumlah tersebut selepas memutuskan bahawa Shahnaz, 53, berhak menerima tuntutan (RM30 juta) selain mengambil kira kesedihan akibat diabaikan lebih 10 tahun oleh Mahmud Abu Bekir.

Pada 9 Jun 2011, Shahnaz merupakan kakak kepada penyanyi ratu jazz negara, Shiela Majid, diwakili peguam Dr Mohd Rafie Shafie memfailkan tuntutan mutaah tersebut sebanyak RM100 juta.

Pasangan itu, yang berkahwin pada 9 Januari 1992, dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya, 23, namun pada pada 11 Mei 2011 mereka bercerai dengan talak satu.

Terdahulu dalam prosiding itu, Muhamad Abdul Karim berkata mahkamah berpendapat laporan akhbar dan beberapa portal lain berhubung kenyataan Shahnaz yang menyatakan hasratnya untuk mendermakan satu pertiga daripada jumlah mutaah itu kepada golongan tidak bernasib baik selain membayar kos guaman, dilihat subjudiskan dan mempersendakan keputusan mahkamah.

"Selain itu, kenyataan tersebut dilihat boleh menimbulkan prejudis kepada Mahmud Abu Bekir sekiranya rayuan Shahnaz dibenarkan kerana jumlah wang tersebut telah dipindah milik kepada Shahnaz," katanya.

Hakim itu juga turut menegur peguam-peguam yang banyak menggunakan kes-kes sivil daripada kes-kes syariah sebagai panduan dan rujukan mereka dalam mengendalikan kes itu.

"Namun bukanlah bermaksud bahawa peguam-peguam tidak boleh menggunakannya (kes-kes sivil) sebagai rujukan tetapi memandangkan kes ini didengar di mahkamah ini ia menjadi kewajaran untuk mengutamakan kes syariah sebagai rujukan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mahmud Abu Bekir

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan