Gambar Jemput Buka Puasa Dengan 'Bak Kut Teh' Hina Orang Islam

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 6:31 PM

Alvin Tan (kanan) dan kekasihnya, Vivian Lee.

Alvin Tan (kanan) dan Vivian Lee.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Isnin diberitahu gambar dan kapsyen blogger kontroversi Alvin Tan dan bekas teman wanitanya yang menjemput umat Islam berbuka puasa dengan 'Bak Kut Teh' seolah-olah menghina bulan Ramadan dan agama Islam yang mengharamkan umat Islam memakan daging babi.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah Alvin Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee dan Vivian Lee atau nama sebenarnya Lee May Ling telah menerbitkan kata-kata hasutan berikutan tindakan mereka yang menyiarkan gambar mereka menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising)' yang mengandungi logo halal.

"Paparan dalam Facebook tersebut menunjukkan bermaksud menjemput umat Islam berbuka puasa dengan memakan 'Bak Kut Teh'.

"Walaupun tidak menyatakan secara khusus menu 'Bak Kut Teh'tersebut, namun sekiranya dibaca oleh umat Islam ia seolah-olah menghina bulan Ramadan dan menghina agama Islam yang sememangnya mengharamkan umat Islam memakan daging babi," hujahnya di akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.

Katanya lagi keterangan saksi pendakwaan juga mengesahkan menu 'Bak Kut Teh' mengandungi daging babi dan tidak mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Peguam Chong Joo Tian mewakili Lee berhujah bahawa keterangan saksi pendakwaan hanya mengemukakan bukti bahawa Tan sahaja yang menerbitkan dan memuat turun gambar dan kapsyen pasangan tersebut dan bukan anak guamnya.

Beliau berkata komputer riba itu dan pemilik sebenar akaun facebook juga adalah milik Tan dan bukannya Lee.

Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk keputusan sama ada Tan, 27, dan Lee, 27, membela diri atau dilepaskan daripada pertuduhan tersebut.

Bagaimanapun Tan, tidak hadir sepanjang perbicaraan kes itu kerana dipercayai melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mengelak menghadiri prosiding itu.

Tan dan Lee didakwa menyiarkan gambar mereka menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising)' yang mengandungi logo halal, di laman Facebook Tan.


Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada 9 pagi 12 Julai 2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan turut didakwa terhadap pertuduhan menyiarkan gambar pornografi dalam laman Facebook sama mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 antara 9 malam 6 Julai 2013 dan 2 pagi 7 Julai 2013.

Tags / Kata Kunci: Bak Kut Teh , buka puasa , Alvin Tan , Vivian Lee

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan